Thursday, September 25, 2008

Warisan Kasih SKBP Johan Pertandingan Bilik Sumber Peringkat Kebangsaan 2008

Bilik Sumber Warisankasih mencipta sejarah apabila mengharumkan nama sekolah setelah dianugerahkan sebagai Johan dalam kategori Peringkat Bilik dalam pertandingan Bilik Sumber dadah 2008.

Guru Besar Sk. Bukit Piatu telah sukacita mengambil hadiah Johan tersebut dalam majlis makan malam yang diadakan di Kota Baharu Kelantan.

Tahniah kepada seluruh warga SKBP.

Sunday, July 20, 2008

Pemantauan Pondok Warisan Kasih SK. Bukit Piatu

Pada 18 Julai 2008, pondok Warisan Kasih, SK. Bukit Piatu telah dipantau oleh sepasukan penilai yang terdiri daripada enam orang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia

Tuesday, July 1, 2008

Pelancaran Minggu Anti Dadah SK Bukit Piatu 2008

Pada 26 Mac 2008 bersamaan hari Rabu , SK. Bukit Piatu telah mengadakan majlis pelancaran Minggu Anti Dadah 2008. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi di tapak perhimpunan telah dilancarkan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bentong (AADK).

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua murid tentang keburukan dan bahaya dadah. Program ini adalah untuk membolehkan semua murid membentuk budaya, tingkah laku positif, dan mengamalkan nilai-nilai murni seterusnya dapat mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala dadah.

Program ini mensasarkan semua murid, guru dan warga SK. Bukit Piatu. Program di dahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Hanif. Seterusnya ucapan Guru PPDa, diikuti bacaan teks Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis disempurnakan dengan pelancaran minggu anti dadah oleh En. Mohd. Yusof Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bentong (AADK). Di akhir majlis murid-murid. dihidangkan dengan persembahan koir, bacaan sajak dan pentomin bertajuk
“ SKBP Bebas Dadah”.

Antara program yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah ceramah, pertandingan melukis poster, mencipta slogan anti dadah, mengarang sajak dan pameran dadah. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang bahaya penyalahgunaan najis dadah dalam kehidupan.

Perancangan Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

1. Penyebaran Maklumat

-memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada para guru dan murid melalui pamplet-pamplet, poster, majalah, keratan akhbar, risalah, buku panduan, dan lain-lain.
-Pameran tentang pendidikan pencegahan dadah- Maklumat diperolehi dari melayari internet

Tarikh pelaksanaan : Mac hingga Oktober 2008

2. Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam KBSR

- diterapkan dalam mata pelajaran BM,BI, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan PJK.

Tarikh pelaksanaan : Jan hingga Nov. 2008


3. Aktiviti Perhimpunan Mingguan

- Aktiviti murid ( bacaan sajak, lakonan pendek, nyanyian, coral speaking dan mewarna )

Tarikh pelaksanaan : Jan. hingga Nov 2008

4. Ceramah

-Pegawai AADK -Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Tarikh pelaksanaan : Mei hingga Okt. 2008


5. Pameran

Tarikh pelaksanaan : Mac hingga Mei 2008

6. Hari Anti Dadah

-Ceramah
-Pameran
-Persembahan Murid
-Nyanyian lagu tema PPDa-Pertandingan mewarna , melukis poster , coral speaking, sketsa dan mengarang sajak

Tarikh pelaksanaan : Mac hingga April 2008

Objektif Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid serta warga sekolah tentang bahaya dadah.
2. Membolehkan murid-murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Meningkatkan kemahiran murid dalam menghadapi penyalahgunaan dadah dan menggelakkan diri dari terjerumus dengan gejala dadah.
4. Memupuk sikap menjauhi najis dadah dan mengetahui najis dadah boleh membawa maut sejak di sekolah rendah.

Rasional Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

Pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan.

Matlamat Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah dijalankan di sekolah rendah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah, para ibu bapa juga masyarakat di sekitarnya.