Sunday, July 20, 2008

Pemantauan Pondok Warisan Kasih SK. Bukit Piatu

Pada 18 Julai 2008, pondok Warisan Kasih, SK. Bukit Piatu telah dipantau oleh sepasukan penilai yang terdiri daripada enam orang pegawai Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia

Tuesday, July 1, 2008

Pelancaran Minggu Anti Dadah SK Bukit Piatu 2008

Pada 26 Mac 2008 bersamaan hari Rabu , SK. Bukit Piatu telah mengadakan majlis pelancaran Minggu Anti Dadah 2008. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi di tapak perhimpunan telah dilancarkan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bentong (AADK).

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua murid tentang keburukan dan bahaya dadah. Program ini adalah untuk membolehkan semua murid membentuk budaya, tingkah laku positif, dan mengamalkan nilai-nilai murni seterusnya dapat mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala dadah.

Program ini mensasarkan semua murid, guru dan warga SK. Bukit Piatu. Program di dahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Hanif. Seterusnya ucapan Guru PPDa, diikuti bacaan teks Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis disempurnakan dengan pelancaran minggu anti dadah oleh En. Mohd. Yusof Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bentong (AADK). Di akhir majlis murid-murid. dihidangkan dengan persembahan koir, bacaan sajak dan pentomin bertajuk
“ SKBP Bebas Dadah”.

Antara program yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah ceramah, pertandingan melukis poster, mencipta slogan anti dadah, mengarang sajak dan pameran dadah. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang bahaya penyalahgunaan najis dadah dalam kehidupan.

Perancangan Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

1. Penyebaran Maklumat

-memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada para guru dan murid melalui pamplet-pamplet, poster, majalah, keratan akhbar, risalah, buku panduan, dan lain-lain.
-Pameran tentang pendidikan pencegahan dadah- Maklumat diperolehi dari melayari internet

Tarikh pelaksanaan : Mac hingga Oktober 2008

2. Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam KBSR

- diterapkan dalam mata pelajaran BM,BI, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan PJK.

Tarikh pelaksanaan : Jan hingga Nov. 2008


3. Aktiviti Perhimpunan Mingguan

- Aktiviti murid ( bacaan sajak, lakonan pendek, nyanyian, coral speaking dan mewarna )

Tarikh pelaksanaan : Jan. hingga Nov 2008

4. Ceramah

-Pegawai AADK -Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Tarikh pelaksanaan : Mei hingga Okt. 2008


5. Pameran

Tarikh pelaksanaan : Mac hingga Mei 2008

6. Hari Anti Dadah

-Ceramah
-Pameran
-Persembahan Murid
-Nyanyian lagu tema PPDa-Pertandingan mewarna , melukis poster , coral speaking, sketsa dan mengarang sajak

Tarikh pelaksanaan : Mac hingga April 2008

Objektif Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid serta warga sekolah tentang bahaya dadah.
2. Membolehkan murid-murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Meningkatkan kemahiran murid dalam menghadapi penyalahgunaan dadah dan menggelakkan diri dari terjerumus dengan gejala dadah.
4. Memupuk sikap menjauhi najis dadah dan mengetahui najis dadah boleh membawa maut sejak di sekolah rendah.

Rasional Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

Pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan.

Matlamat Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah dijalankan di sekolah rendah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah, para ibu bapa juga masyarakat di sekitarnya.

Pengenalan Program PPDa SK. Bukit Piatu 2008

Masalah penagihan dadah di kalangan murid-murid sekolah mula menular pada masa kini. Masalah penagihan dadah merupakan masalah yang tidak pernah selesai sejak dari dulu lagi. Oleh itu sewajarnya pencegahan dadah di peringkat awal penting dalam usaha mencegah murid-murid terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Menjelang 2012 sasaran SEKOLAH BEBAS DADAH diharapkan dapat dicapai.

Carta Organisasi Induk PPDa SK. Bukit Piatu

PENASIHAT :
En. Abdul Rashid B. Mahidin , PJK
( Guru Besar SKBP )

PENGERUSI :
Pn. Mazra Bt Mat Yatim
( GPK HEM SKBP )

NAIB PENGERUSI :
Pn. Siti Mariam bt. Md. Long
( GPK Pentadbiran )

En. Ahmad Saifulzaman B. Abdul Rahim
( GPK KOKO SKBP )

SETIAUSAHA :
Cik Rahayuni Bt Mohd. Noh
( Guru PPDa SKBP )


AJK

Pn. Normala Bt Ariffin
(Penyelaras Pengurusan Dan Kepimpinan )

En. Anuar B. Mohd. Rani
( Penyelaras Aktiviti Kurikulum )

En. Zabidi B. Othman
( Penyelaras Aktiviti KoKurikulum )

Pn. Noraini Bt Husin
( Penyelaras Pembentukan Sahsiah )

Matlamat PPDa SK. Bukit Piatu

Matlamat PPDa Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu ialah memberi pengetahuan,
kesedaran, dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya dadah supaya mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah untuk
menuju kepada sasaran “Sekolah Bebas Dadah 2012”.

Objektif PPDa SK. Bukit Piatu

Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di kalangan murid, guru dan warga sekolah agar dapat menggelakkan diri daripada terlibat dengan dadah.

Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,emosi mental dan rohani.

Melahirkan murid yang mengamalkan cara hidup yang sihat dan bertingkah laku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.

Meningkatkan pemuafakatan dan mewujudkan hubungan mesra pihak sekolah dengan PIBG ,
masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta pihak lain dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

Misi PPDa SK. Bukit Piatu

Melahirkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah yang bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu secara menyeluruh dan berkesan.

Visi PPDa SK. Bukit Piatu

Menjadikan sekolah bebas daripada dadah menjelang 2012.

Buletin Aktiviti Minggu Anti Dadah 2007

Sepanjang minggu tersebut pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti nyanyian lagu tema PPDa oleh semua murid di tapak perhimpunan pada setiap perhimpunan pagi. Semasa perhimpunan tersebut guru dan murid berperanan membaca dan menyampaikan maklumat anti dadah.

Bacaan sajak secara individu dan berkumpulan juga telah dijalankan di dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Disamping itu juga pertandingan mewarna dan melukis poster semasa pembelajaran Pendidikan Seni Lukis dan Visual.

Buletin Pelancaran Minggu Anti Dadah 2007

Pada 26 Mac 2007, SK. Bukit Piatu telah melancarkan Minggu Anti Dadah 2007 di tapak perhimpunan sekolah. Majlis tersebut telah didahului dengan nyanyian lagu Negeri Pahang, lagu Negaraku, dan lagu sekolah.
Cik Rahayuni selaku Guru PPDa SKBP telah mempengerusikan majlis tersebut. Majlis didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Tuan Amrul. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu tema PPDa ( Kami Bebas Dadah ) yang dipersembahkan oleh Pasukan Koir sekolah di bawah pimpinan Pn. Jameela Bibi.
En. Abdul Rashid bin Mahidin, Guru Besar selaku Penasihat PPDa sekolah telah membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau seterusnya merasmikan Pelancaran minggu Anti Dadah SKBP 2007 dengan gimik memotong riben.
Selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan murid seperti pentomin, bacaan sajak dan bacaan syair.

Perancangan Program Tahunan PPDa 2007

1. Penyebaran Maklumat

-memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kepada para guru ,murid dan warga sekolah melalui sebaran pamplet-pamplet, poster, majalah, keratan akhbar, risalah, buku-buku panduan, cd dan lain-lain.

-Sudut pameran dan bahan-bahan maklumat dalam Bilik Kaunseling, Pusat Sumber dan sekitar kawasan sekolah tentang bahaya najis dadah.

Pelaksanaan : Mac - Okt. 2007

2. Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam KBSR
- diterapkan dalam mata pelajaran BM,BI, Sains, Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan PJK

Pelaksanaan : Jan - Nov 2007

3. Aktiviti Perhimpunan Mingguan
- 5 minit maklumat dadah
- Aktiviti murid ( bacaan sajak, lakonan pendek, nyanyian , sketsa, pentomin )

Pelaksanaan : Jan - Nov 2007

4. Ceramah

-Pegawai AADK -Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

Pelaksanaan : Mei - Okt. 2007

5. Minggu Anti Dadah

-Ceramah

-Pameran

-Persembahan Murid
( Sketsa , Coral Speaking)

-Pertandingan mewarna dan melukis poster anti dadah

-Pertandingan mencipta sajak anti dadah

Pelaksanaan : Mac - April 2007

Objektif

1. Meningkatkan pengetahuan kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kepada murid, guru dan kakitangan sekolah agar dapat menggelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah
2. Membina ketahanan diri dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
3. Membolehkan murid-murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.

Rasional PPDa SK. Bukit Piatu

Pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat awal adalah penting dalam meningkatkan standard dan kualiti pendidikan.

Matlamat PPDa SK. Bukit Piatu

Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah dijalankan di sekolah rendah adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah, para ibu bapa juga masyarakat di sekitarnya.

Pengenalan PPDa SK. Bukit Piatu

Masalah penagihan dadah di kalangan murid-murid sekolah sudah mula menular pada masa kini. Masalah penagihan dadah merupakan masalah yang tidak pernah selesai sejak dari dulu lagi. Oleh itu sewajarnya Pencegahan Pendidikan Dadah (PPDa) di peringkat awal penting, iaitu di sekolah-sekolah rendah. Ini adalah antara usaha awal untuk mencegah murid-murid dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah Adalah menjadi hasrat kerajaan agar menjelang 2012 sasaran SEKOLAH BEBAS DADAH dapat direalisasikan.

Pendahuluan Program Pendidikan Pencegahan Dadah

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pelaksanaan program PPDa di sesebuah daerah atau sekolah, perlu berfokus kepada permasalahan utama yang berlaku dan ini dapat dilakukan secara berkesan melalui kajian keperluan dan kajian tindakan yang dijalankan.

Misi SK. Bukit Piatu

Menyediakan dan memberi sistem, teknik pengajarandan pembelajaran yang terbaik kepada
keseluruhan anggotanya.

Membina asas yang kukuh kepada pelajarandengan pengetahuan dan kemahiran untuk melanjutkan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Membina budaya belajar dan sikap yang baik dalam diri pelajar khususnya tabiat tanggungjawab supayamenjadi warganegara yang produktif dan berguna.

Memberi pendidikan di semua bidang di peringkat sekolah rendah kepada semua pelajar agar
memiliki kecenderungan dan minat

Menyediakan pelajar dengan budaya rajin, taat kepada peraturan, jujur, amanah dan memiliki
sifat-sifat mulia yang lain sebelum melangkah ke alam masyarakat.

Visi SK. Bukit Piatu

Menjadi sekolah yang cemerlang menjelang 2010. Memberi pengajaran dan pembelajaran terbaik khusus untuk pelajar-pelajar dan perkhidmatan yang berkualiti kepada ibubapa
dan semua organisasi yang berkaitan.

Falsafah SK. Bukit Piatu

SKBP wadah penyelamat umat. Guru berusaha membentuk anak kandung SKBP berlandaskan :
*Falsafah pendidikan negara
*Falsafah pendidikan Islam
*Mengamalkan etika kerja Islam

Sejarah SK. Bukit Piatu

SK Bukit Piatu dibina di atas sebidang tanah di lereng bukit dalam Kampung Bukit Piatu. Keluasan tapak sekolah ini dianggarkan seluas 13.0 ekar. Kerja-kerja pecah tanah telah dijalankan pada awal tahun 1999. Kontraktor yang terlibat mula menjalankan kerja-kerja pembinaan agar sekolah ini dapat digunakan secepat mungkin.

SK. Bukit Piatu telah mula beroperasi pada sesi persekolahan tahun 01.01.2001. Pada peringkat awalnya sekolah ini menumpang di SMK Bentong selama satu tahun sembilan bulan. Ketika itu, tenaga pengajarnya seramai 14 orang. Jumlah pelajar pada ketika itu pula cuma seramai 270 orang.

Pada 30 September 2002, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri. Nama sekolah ini diambil sempena nama kawasan sekolah ini didirikan iaitu mengambil nama Kampung Bukit Piatu.

SK Bukit Piatu terdiri daripada dua blok bangunan 3 tingkat, satu blok kantin dan satu blok makmal komputer. Kemudahan prasarana di sekolah ini adalah lengkap dengan pejabat, bilik guru, perpustakaan, dan makmal komputer yang berhawa dingin. Terdapat juga makmal sains, bilik kemahiran hidup, serta kelas pemulihan.

Pada tahun 2003 jumlah tenaga pengajar di sekolah ini telah bertambah menjadi 26 orang. Manakala pelajar yang belajar di sekolah ini seramai 417 orang. Pada tahun 2006 pula jumlah tenaga pengajar ialah seramai 36 orang, manakala pelajar seramai seramai 600 orang.

Guru Besar yang mentadbir sekolah ini silih berganti. Guru Besar pertama ialah Encik Abdul Jalil bin Ahmad. Beliau mentadbir mulai 1 Januari 2001 hingga 15 Mac 2001. Tempat beliau telah diganti pula oleh Encik Abd Rahman bin Abd Aziz sehingga 13 April 2005. Kini Guru Besar sekolah ini ialah Encik Abdul Rashid bin Mahidin.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pentadbir, guru-guru, pelajar, dan kakitangan sokongan agar sekolah ini terus berkembang dan maju.